Friday, 7 November 2025

Kurikulum baru pra sekolah 2026

Kurikulum baru pra sekolah, yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah 2026, akan mula dilaksanakan pada Januari 2026 bagi menggantikan KSPK (Semakan 2017). Kurikulum ini akan memberi fokus kepada pendekatan yang lebih holistik dan berasaskan kompetensi, nilai, serta kesejahteraan diri anak-anak, termasuk pembentukan karakter, pengurusan diri, minat membaca, dan pengenalan kepada teknologi digital melalui pembelajaran berasaskan bermain. 


Fokus Utama Kurikulum Prasekolah 2026:

1. Pembentukan Karakter: Memupuk nilai murni seperti kasih sayang, keyakinan diri, dan empati, serta semangat belajar.

2. Pengurusan Diri: Melatih kanak-kanak dalam kebersihan, keselamatan diri, dan keselamatan digital.

3. Minat Membaca: Memperkenalkan sesi membaca berasaskan permainan secara bersepadu, termasuk sesi Baca Bersama selama 30 minit seminggu.

3. Teknologi & Digital: Menerapkan pembelajaran mengenai penggunaan peranti dan maklumat secara etika untuk melahirkan generasi celik teknologi.

4. Pembelajaran Bersepadu:Menggunakan tema dan projek yang bermakna untuk pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkesan.

5. Peningkatan Kualiti Guru:Memastikan guru prasekolah memiliki tahap pendidikan tertinggi (ijazah) untuk melahirkan pendidikan yang lebih holistik.

6. Aspek Bahasa: Mengukuhkan penggunaan 50% Bahasa Melayu dan 50% Bahasa Inggeris di peringkat prasekolah. ( Di TKB kami juga menekankan penguasaan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al Quran dan sumber pelbagai ilmu duniawi & ukhrawi, in syaa Allah.)


Bidang Pembelajaran Utama:

Kurikulum ini akan dibangunkan berdasarkan enam bidang pembelajaran utama, dengan dua bidang tambahan untuk murid istimewa: 

1. Sosioemosi

2. Fizikal & Kesejahteraan Diri

3. Kerohanian, Nilai & Kewarganegaraan

4. Bahasa & Literasi

5. Kognitif

6. Kreativiti

7. Pengurusan Diri (untuk murid istimewa)

8. Kemahiran Asas Ketidakupayaan(untuk murid istimewa) 


Kurikulum ini merupakan langkah penting dalam usaha KPM untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia lebih berkualiti, relevan, dan seimbang untuk melahirkan insan yang sejahtera. 


TKB yang berdaftar dengan KPM sudah tentu akan mengelementasikan kurikulum tersebut di samping penekanan subjek dinniyah selari dengan induk Musleh Integrated Education Berhad. (MIEB) dengan slogan “ Membina Insan Rabbani”.





Untuk info ..Blog ini baru dikemas kini, selepas masalah2 teknikal pengurusan blog ini baru sahaja dapat di atasi.

No comments:

Post a Comment