Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira jenis
kehidupan. Rasulullah S.A.W pula diutuskan untuk menyempurnakan rahmat tersebut. Firman Allah : “Dan tidaklah kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melaikan sebagairahmat kepada sekalian alam.” (Anbiya :107). Islam selaku agama fitrah yang mementingkan kesihatan fizikal dan spiritual menggalakkan penganutnya beriadah dan bersukan.
Ayat Al-Quran Mengenai SukanBersukan bukanlah aktiviti yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan,dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan. Islam menggalakkan sukan dan rekreasi berdasarkan dalil-dalil berikut :
Al-Quran menyuruh umatnya membuat persediaan dari sudut fizikal danjasmi bagi menghadapi kekuatan musuh. Firman Allah SWT yangbermaksud : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yangmenceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dariikatan kuda yang boleh menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu”(al-Anfal : 60). Dalam peristiwa peperangan antara Thalut dan Jalut, Al-Quran memujitubuh badan Thalut yang gagah dan menganggapnya sebagai suatukelebihan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Allah telahmenambah kekuatan ilmu dan kekuatan tubuh badan pada diri Thalut”(al-Baqarah : 247)
No comments:
Post a Comment