Monday 8 June 2015

Majlis IHTIFAL TKB : 4 Nov 2012 di Bangi Golf Resort



   
TADIKA KHALIFAH BESTARI

No 12 Desa Al-Amin, Kg Sg Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Tel:  03-89253484/0192594368, e mail: tkbdesaalamin@gmail.com


Rujukan Kami:TKB/Ihtifal2012(2)
Tarikh : 25/9/2012

Yang Berbahagia

Dato’/Datin/Tuan/Puan 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 MAJLIS IHTIFAL TADIKA KHALIFAH BESTARI DAN PENERBITAN  `BESTARI EDISI 1`
 
Semoga Dato’/Datin/Tuan/Puan berada dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya. Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Majlis Ihtifal TKB 2012 kali ini julungkali diadakan seiring dengan jamuan malam keluarga dan pelancaran Buku Memori BESTARI EDISI PERTAMA. Objektif Majlis ini selain meraikan graduan kecil TKB yang akan menghabiskan tempoh pendidikan mereka di tadika ini, juga merupakan Majlis silaturrahim antara ahli keluarga dan penerbitan Buku Memori yang boleh dijadikan anekdot pendidikan para sekolah gradúan kecil halifah Bestari insya Allah.
 
3.       Sehubung dengan itu, kami pengurusan di TKB memohon kerjasama para budiman untuk menyokong usaha kami dengan sumbangan  dalam pelbagai bentuk seperti berikut: 

a.       Sumbangan tambahan jamuan makan malam sekurang-kurangnya  sebanyak RM 25.00/pax 
jika kehadiran melebihi 3 orang ( kos sebenar RM 28.00/pax)

b.       Sumbangan dalam bentuk goody beg untuk anak-anak dan tetamu yang hadir

c.       Sumbangan karya pendek dalam Buku Bestari

d.       Sumbangan mencetak “BESTARI” dengan sumbangan Iklan kerjaya, perniagaan  dan perkhidmatan dengan harga seperti berikut:

i.          Iklan Satu Muka Surat kertas keras dan berwarna RM 500.00

ii.          Iklan Satu Muka Surat tanpa  warna RM 200.00

iii.         Iklan Setengah  Muka Surat tanpa  warna RM 100.00

iv.         Iklan Suku   Muka Surat tanpa  warna/tanda nama  RM 50.00

4.        Sebarang sumbangan yang ingin dihulurkan bolehlah dilaksanakan dengan melengkapkan borang yang dilampirkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 hb Oktober 2012. Segala sumbangan dan sokongan yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Kami sentiasa mendoakan agar Dato’/Datin/Tuan/Puan serta keluarga dan kakitangan dikurniakan kemudahan, keberkatan rezeki dan rahmat dari Allah SWT.

Sekian

 
Yang benar     
Urusetia Hari Ihtifal
 
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami melalui alamat di atas.              

No comments:

Post a Comment