Monday 8 June 2015

Halatuju Pendidikan Khalifah Bestari



PENDAHULUAN

Setiap anak dilahirkan berbekalkan  potensi  membesar dengan sempurna dari segi fizikal , kesihatan , kecerdasan akal , akhlak dan imannya . Proses ini berkembang secara bertahap - tahap . Ia mudah disempurnakan perkembangannya jika setiap tahap berlaku dengan baik dan mencapai mutu pembangunan yang wajar dan sempurna selaras dengan mutu Fitrahnya. Anak-anak dilahirkan cemerlang dan mempunyai potensi serta kemampuan-kemampuan untuk mudah belajar dari kecil hingga baligh.Pendidikan informal persekitaran terutama oleh ibu bapa mewarnai pembawaan pembesaran anak-anak ini. seperti sabda Nabi SAW yang mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Allah ta'ala berfirman: 

 

Imam Abu`l-Hasan ^Ali ibn Ahmad al-Wahidi dalam kitabnya al-Wajiz fi Tafsiri`l-Qur'ani`l-^Aziz mentafsirkan: "Wahai orang-orang yang beriman! Berilah peringatan buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu tentang perkara yang boleh mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah diri kamu dan ahli keluargamu dari perkara dosa". 

Oleh itu Tadika Khalifah Bestari  menyediakan pola pendidikan pra sekolah selama dua tahun bermula dari umur lima tahun hingga enam tahun supaya cinta kepada Allah , kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak kami insyaAllah  merangkumi skop yang luas, bukan setakat menjadikan seorang anak didik itu bestari tetapi dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari seterusnya berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia . Ia amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia . Pendidikan akan menentukan cara berfikir seseorang yang akan membentuk sistem kehidupan mereka untuk jaminan kebahgian duniawi dan ukhrawi. 

VISI

Menjadi Tadika Islam contoh di Malaysia menjelang 2020


MISI
 
Melahirkan murid Tadika yang cemerlang asas dinniyah dan akademik serta berperibadi soleh dan musleh.


MOTO

“Bersama membentuk peribadi muslim”


PIAGAM PELANGGGAN 

Kami warga Tadika Khalifah Bestari akan berusaha menyumbang dan memberi perkhidmatan secara menyeluruh dan berkesan kepada kejayaan tadika seiring visi, misi dan cogankatanya. 


RUMUSAN

Fokus Pendidikan di Tadika Khalifah Bestari berpegang kepada kata-kata Imam Al-Ghazali Rahimahullah yang pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata” dan seiring dengan kata-kata para sahabat :- Hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu dengan didikan yang sewajarnya kerana mereka bukan hidup di zaman kamu.. 

Mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya  kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.Diharapkan kesinambungan gaya cara pendidikan di Tadika ini, diteruskan oleh penjaga mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada.

No comments:

Post a Comment