Monday 24 August 2015

BAHASA DOSA oleh pn Azlina Rozy


10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

Seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sebuah sekolah yang disampaikan oleh puan Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.

Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu 
mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.


SISTEM PEMENGGALAN WAKTU
(Sumber DBP)

1  Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

2  Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

3  Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59

4  Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

5  Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Terima kasih.

ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP

Sunday 23 August 2015

PEMBELAJARAN ALAM

Pembelajaran berkonsepkan amalan, menyeronokkan. Bimbingan kemahiran menyoal oleh murid-murid, merangsang mereka berfikir, merealitikan imiginasi menatijahkan hasil Pembelajaran yang berkesan. Perasan ingin tahu, membuak. Masa beberapa minggu menunggu tanaman kangkung boleh dituai, merangsang murid untuk terus belajar dan suka utk datang ke tadika. Setelah dipetik, dipotong dan digoreng untuk dinikmati bersama merupakan satu kepuasan. 

" Ni'mat Allah yang mana, yang kamu ingin dustakan? " memberi peneguhan tentang perlunya brusaha untuk dapatkan hasil dan kepuasan. Meyakini bahawa dengan izin Allah semata tumbuhan dapat hidup, dari Rahmat-Nya, manusia mendapat rezeki, Dan setiap manusia diciptakan sebaik-baik makhluk untuk menjadi Hamba Dan Khalifah Allah yang terbilang, mengukuhkan keyakinan bahawa Allah adalah Penguasa Agung.



Saturday 22 August 2015

BAGAIMANA KBAT DIAPLIKASI DALAM PENDEKATAN PdP di institusi pra-sekolah?

Applikasi KBAT dalam PdP pra-sekolah.

Bagaimana  menerapkan KBAT (Kemahiran BERFIKIR Aras Tinggi) dalam proses PdP( Pembelajaran dan Pembelajaran) di pra-sekolah?.

 BERFIKIR berkaitan bagaimana daya TAAKULAN  digunakan dan dihubungkan dengan perkara-perkara yang nampak (tangible/maujud) dikaitkan dengan perkara ghaib.

Elemen AMK (Akidah merentasi Kurikulum) dalam pengisian pendidikan holistik di TKB adalah asas ke arah titipan ilmu, kemahiran, emosi, dan spritual yang seimbang untuk merealitikan hala tuju pendidikan TKB untuk melahirkan insan soleh wa musleh dan rabbaniyah.
Buku mukjizat Agung, AL-QURAN Al Qarim, selain sumber hadis, sirah, nilai-nilai murni/ akhlaq yg baik diwajibkan kepada semua guru sebagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) yang utama dalam kelas.

Penekanan benda ghaib, bergantung kepada keupayaan pendidik mengaitkan bukti ciptaan ALLAH dalam contoh petikan ayat-ayat 
al-Quran berhubungan dengan yang nyata, agar difahami bahawa yang dicipta itu bukanlah sesuatu yang sifatnya semula jadi tetapi 
terkandung banyak hikmah kepada manusia dan kehidupan.










Projek Hijau, menanam sayur-sayuran, di sekeliling TKB adalah  salah satu contoh pendekatan untuk murid-murid berfikir di samping meyakinkan kepercayaan tentang Allah Maha Esa itu wujud Dan berluasa.  Caranya merangsang murid banyak menyoal dan bertanya dan mendorong & membimbing mereka sendiri cuba menjawab persoalaan terdebut.

Melihat tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok dari segala jenis adalah fenomena alamiah. Memahami hikmah di sebalik hadirnya tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok terdebut  mengajak mereka berfikir tentang Pencipta. Betapa tumbuh-tumbuhan dan pokok terkandung rahsia besar untuk alam dan umat manusia. Memahami hakikat ini menyebabkan manusia menghubungkan fikir dan mengingati Allah( zikir) dalam satu jalinan hubung kait yang begitu harmoni bahawa semua itu tidak terjadi dengan sendiri. Ia terjadi dengan kehendak Pencipta dan terkandung rahsia serta hikmah bagi orang yang berfikir dan berzikir.

Friday 21 August 2015

TANAM KANGKUNG ...TANAM KACANG......SUBHANALLAH

PRojek menanam sayur anak-anak TKB, menggalakkan mereka berKREATIVITI. Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran mulai dari prasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara liberal dan membuat refleksi tentang idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan kepada kanak-kanak. Yang penting mengaitkan anugerah semua benda- benda di alam ini adalah dengan izin Allah.
 

MENDORONG ANAK DIDIK BERFIKIR DENGAN BERTANYA BANYAK SOALAN DAN RAKAN YANG LAIN DIDORONG UNTUK CUBA MENJAWAB DAN MEMBERI PENERANGAN;

1. Apa anak benih kacang?
2. Kenapa benih itu berwarna hitam/perang?
3. Dapat dari mana benih tu?
4. Macamana jadi kacang?
5. Macamana dia tumbuh?
6. Tumbuh tu apa?
7. Boleh hidup atas kertas,meja, balang atau kertas
8. Kenapa daun dia warna hijau?
9. Daun,batang,akar, melilit, junjung,tangkai, julur tu apa?
10. Berapa lama akan jadi kacang?
11. Kenapa ia panjang.
12. Dah tua jadi kecut, tukar warna kuning, kenapa?

ALHAMDULILLAH...KAMI USAHA KAMI TUAI HASIL...Projek Tanam Sayur




‏﴿٩٩﴾ وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ نَبَاتَ كُلِّ شَىْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ ٱلنَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنّٰتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشٰبِهٍ ۗ ٱنظُرُوٓا۟ إِلَىٰ ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَيَنْعِهِۦٓ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكُمْ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. (Al An'am 6:99) 

‏﴿١٤١﴾ ۞ وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ جَنّٰتٍ مَّعْرُوشٰتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشٰتٍ وَٱلنَّخْلَ وَٱلزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُۥ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُتَشٰبِهًا وَغَيْرَ مُتَشٰبِهٍ ۚ كُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَءَاتُوا۟ حَقَّهُۥ يَوْمَ حَصَادِهِۦ ۖ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(Al An'am 6:141)

CADANGAN RANCANGAN MENGAJAR TAJUK :
Mari Menanam Sayur



 CADANGAN MASA : 60 minit

TUNJANG UTAMA : Sains Dan Teknologi

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA :

ST 3.3.9 memerhati dan merekodkan proses percambahan biji benih dan              pertumbuhan anak benih dari segi ketinggian dan pertambahan              daun dengan bimbingan.

STANDARD PEMBELAJARAN LAIN YANG DISEPADUKAN

BM 2.1.3 berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang               betul.

BM 4.2.6 menyalin perkataan dengan cara yang betul.


KM 6.2.2 bercerita dengan bimbingan guru tentang kepentingan air, udara,               matahari kepada hidupan di dunia.
NKTI 1.2.11 mereka corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai teknik                 membuat corak dan rekaan.

 OBJEKTIF PELAJARAN :

Pada akhir pelajaran murid dapat :

🌹Menyatakan kepentingan air, udara, matahari kepada hidupan di dunia. 🌹Melihat perubahan pertumbuhan biji benih dari segi ketinggian dan pertambahan.

KONSEP UTAMA : Air, udara dan matahari penting kepada kehidupan kita.

KOSA KATA  : Tanah, cahaya, udara.


ALATAN DAN BAHAN :

Set Bekas Tanaman
 Biji benih
Kad pemerhatian
Lembaran kerja

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :

 Pendahuluan :

1.        Guru menunjukkan beberapa keping gambar sayur-sayuran kepada murid.

2.        Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan memakan banyak sayuran.


3.        Menerangkan kepada murid mengenai elemen yang penting bagi hidupan di muka bumi. (Tanah, air, udara, cahaya).


Perkembangan :

1.    Bahagikan murid kepada empat kumpulan kecil.
2.      Bawa murid mengikut kumpulan untuk menyediakan set tanaman hidroponik.
3.    Bimbing murid untuk menjalankan aktiviti.

 Penutup :

1.    Bantu murid untuk menulis tarikh pada kad semaian.

 2.   Guru akan membawa murid memerhatikan semaian selepas 
beberapa hari untuk melihat perkembangan.

 3.    Merekod pemerhatian.

Pertaksiran : 1.    Bersoal jawab dan pemerhatian.

Catatan :

1.         Guru memastikan supaya semua peralatan yang digunakan oleh murid telah dibersihkan.

2.         Guru perlu menyediakan latihan sampingan untuk murid bagi mengukuhkan penguasaan murid di samping menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

3. Akidah merentasi kurikulum...mengaitkan 2 Ayat Al Quran berkaitan dengan tanaman, anugerah tanah, air, udara dan cahaya.






PROJEK HIJAU....Kami tanam, kami tuai, kami kongsi makan.

PROJEK TANAMAN SAYUR-SAYURAN DI TADIKA KHALIFAH BESTARI.

 1 Matlamat :    

   🌿  Dapat membantu murid meningkatkan pemahanan dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada di kalangan murid prasekolah, berkaitan sayuran hijau yang mereka makan.

🌿 Murid menguasai semua aspek pengetahuan, perkembangan, kemahiran asas  secara praktikal dan  perlahan-lahan.

🌿  Murid memahami dengan lebih jelas mengenai proses pertumbuhan pokok sayuran .

🌿Murid akan didedahkan dengan pengalaman  yang sebenar menggunakan bahan maujud serta mengenali transformasi dalam teknologi dalam proses menghasilkan bahan makanan.

 🌿 Murid  memahami  konsep berusaha untuk mendapatkan hasil dan yakin bahawa dengan izin Allah sesuatu yang dihajati itu terlaksana.

🌿 Pembelajaran berorientasikan murid ini, adalah menyeronokkan dan mengembirakan, di samping dapat menyuburkan semangat ingin tahu yang tinggi di kalangan murid-murid Tadika Khalifah Bestari.

 2) Objektif

2.1) Objektif Am :
🌷Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta-fakta dan istilah-
istilah Sains dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu 
murid memahami dan meminati Tunjang Sains Dan Teknologi.

🌷Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk melaksanakan sesuatu yang baru.

🌷 Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid semasa eksperimen dijalankan.

🌷Boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada suatu tema yang telah dipelajari.

🌷Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan semua murid sepanjang aktiviti dijalankan.

2.2) Objektif Khusus :
🌷 Murid berminat dalam Tunjang Sains Dan Teknologi melalui 
aktiviti pembelajaran amali yang berkesan.

🌷 Membimbing murid merancang aktiviti dan penggunaan bahan semasa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


🌷Murid mula mengenali tentang fakta-fakta Sains yang mudah dan ringkas.

 🌷Murid dapat  pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan istilah-istilah Sains.

🌷Dapat memberikan pemahaman yang lebih nyata tentang konsep
Anugerah alam ini adalah untuk manusia  memakmurkannya. Fitrah kehidupan seluruh makhluk alam adalah saling berhubungkait, yang kita sebagai makhluk Allah mesti selalu bersyukur.
🌷 Murid terangsang  inisiatif, imaginasi dan kreativiti semasa pembelajaran praktikal ini.

🌷  Menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru, 
pembantu guru dan rakan sebaya