PENGISIAN PENDIDIKAN TADIKA KHALIFAH BESTARI:
KURIKULUM DIGUBAL DAN DISESUAIKAN DENGAN STANDARK KURIKULUM PRASEKOLAH (KPSK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA: Fokus ditekankan kepada TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MATLAMAT KSPK
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
OBJEKTIF KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
i. Membina kecergasan badan.
ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
vi. Mempunyai kematangan emosi.
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
x. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara
berkumpulan.
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya
membentuk perhubungan yang positif dengan orang
dewasa serta rakan sebaya.
xii. Mengamalkan nilai murni.
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
untuk murid beragama Islam.
xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris dan bahasa Arab dalam konteks kehidupan harian.
xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses
sains asas.
xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif
dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
No comments:
Post a Comment