Setiap
pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika dilakukan mengikut
syaratnya. Islam memandang mulia semua jenis pekerjaan sama ada bekerja sendiri
atau makan gaji dan memandang hina sesiapa yang malas bekerja serta
mengharapkan belas ihsan orang lain. Terutama kepada golongan lelaki perlu
bekerja kerana bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarganya
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa seseorang yang mengambil
seberkas kayu api dan diletak atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi
maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama
ada mereka memberinya atau tidak.”
Bekerja wajib dalam perkara yang halal kerana hasil
usaha adalah untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga di samping memastikan ia
akan memberi keberkatan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pekerjaan yang paling baik ialah
pekerjaan seseorang dengan tangannya dan semula jual beli yang mabrur (yang
tidak bercampur dengan perkara diharamkan).”
Etika kerja dalam Islam menitikberatkan disiplin
serta menepati masa. Setiap pekerja diberi syarat termasuk waktu berkerja dan
menjalankan segala arahan dalam masa ditetapkan. Malangnya, ada sebilangan yang
suka curi tulang.
Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah, ayat 105
yang bermaksud:
“Dan katakanlah (wahai Muhamad):
beramallah kamu (akan segala) yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta
orang beriman akan melihat apa kamu kerjakan, dan kamu akan dikembali kepada
(Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian dia menerangkan apa
yang kamu kerjakan.”
Pekerjaan yang dilakukan juga tidak menyebabkan
seseorang itu mengabaikan perintah Allah seperti mendirikan solat dan berpuasa
pada bulan Ramadan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, janganlah kamu
dilalaikan oleh (urusan) harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingati
Allah (daripada menjalankan perintahnya. Dan ingatlah sesiapa yang melakukan
demikian mereka itulah orang yang rugi).” (Surah al-Munaafiqun, ayat 9)
Selain itu, Islam melarang keras sebarang penipuan
dalam urusan pekerjaan ataupun dalam bentuk muamalat lain terhadap pelanggan.
Imam Ahmad meriwayatkan apabila Rasulullah SAW melihat makanan yang dijual
sudah rosak, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Jual dan bahagikan setiap bahagian
mengikut kualitinya kerana sesiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada
golongan kami.”
Susulan
dalil di atas, untuk mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah SWT kita hendaklah melakukan sesuatu kerja itu
berasaskan etika
yang telah digariskan dalam Islam. Berlakunya rasuah, penyelewengan,
salah guna kuasa dan sebagainya, adalah natijah tidak berakhlak dan
menyampingkan etika kerja berlandaskan ISLAM.
Wahai
para pendidik dan Staf TKB..JOM bersama kita bekerja kerana Allah
untuk mendapatkan keberkatan dan redha-NYA. Ayuh kita mengejar destinasi
untuk bersama di Syurga Firdausi.
No comments:
Post a Comment