Friday 21 August 2015

PROJEK HIJAU....Kami tanam, kami tuai, kami kongsi makan.

PROJEK TANAMAN SAYUR-SAYURAN DI TADIKA KHALIFAH BESTARI.

 1 Matlamat :    

   🌿  Dapat membantu murid meningkatkan pemahanan dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada di kalangan murid prasekolah, berkaitan sayuran hijau yang mereka makan.

🌿 Murid menguasai semua aspek pengetahuan, perkembangan, kemahiran asas  secara praktikal dan  perlahan-lahan.

🌿  Murid memahami dengan lebih jelas mengenai proses pertumbuhan pokok sayuran .

🌿Murid akan didedahkan dengan pengalaman  yang sebenar menggunakan bahan maujud serta mengenali transformasi dalam teknologi dalam proses menghasilkan bahan makanan.

 🌿 Murid  memahami  konsep berusaha untuk mendapatkan hasil dan yakin bahawa dengan izin Allah sesuatu yang dihajati itu terlaksana.

🌿 Pembelajaran berorientasikan murid ini, adalah menyeronokkan dan mengembirakan, di samping dapat menyuburkan semangat ingin tahu yang tinggi di kalangan murid-murid Tadika Khalifah Bestari.

 2) Objektif

2.1) Objektif Am :
🌷Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta-fakta dan istilah-
istilah Sains dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu 
murid memahami dan meminati Tunjang Sains Dan Teknologi.

🌷Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk melaksanakan sesuatu yang baru.

🌷 Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid semasa eksperimen dijalankan.

🌷Boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada suatu tema yang telah dipelajari.

🌷Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan semua murid sepanjang aktiviti dijalankan.

2.2) Objektif Khusus :
🌷 Murid berminat dalam Tunjang Sains Dan Teknologi melalui 
aktiviti pembelajaran amali yang berkesan.

🌷 Membimbing murid merancang aktiviti dan penggunaan bahan semasa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


🌷Murid mula mengenali tentang fakta-fakta Sains yang mudah dan ringkas.

 🌷Murid dapat  pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan istilah-istilah Sains.

🌷Dapat memberikan pemahaman yang lebih nyata tentang konsep
Anugerah alam ini adalah untuk manusia  memakmurkannya. Fitrah kehidupan seluruh makhluk alam adalah saling berhubungkait, yang kita sebagai makhluk Allah mesti selalu bersyukur.
🌷 Murid terangsang  inisiatif, imaginasi dan kreativiti semasa pembelajaran praktikal ini.

🌷  Menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru, 
pembantu guru dan rakan sebaya













No comments:

Post a Comment