Friday 21 August 2015

ALHAMDULILLAH...KAMI USAHA KAMI TUAI HASIL...Projek Tanam Sayur




‏﴿٩٩﴾ وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ نَبَاتَ كُلِّ شَىْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ ٱلنَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنّٰتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشٰبِهٍ ۗ ٱنظُرُوٓا۟ إِلَىٰ ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَيَنْعِهِۦٓ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكُمْ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. (Al An'am 6:99) 

‏﴿١٤١﴾ ۞ وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ جَنّٰتٍ مَّعْرُوشٰتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشٰتٍ وَٱلنَّخْلَ وَٱلزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُۥ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُتَشٰبِهًا وَغَيْرَ مُتَشٰبِهٍ ۚ كُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَءَاتُوا۟ حَقَّهُۥ يَوْمَ حَصَادِهِۦ ۖ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(Al An'am 6:141)

CADANGAN RANCANGAN MENGAJAR TAJUK :
Mari Menanam Sayur



 CADANGAN MASA : 60 minit

TUNJANG UTAMA : Sains Dan Teknologi

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA :

ST 3.3.9 memerhati dan merekodkan proses percambahan biji benih dan              pertumbuhan anak benih dari segi ketinggian dan pertambahan              daun dengan bimbingan.

STANDARD PEMBELAJARAN LAIN YANG DISEPADUKAN

BM 2.1.3 berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang               betul.

BM 4.2.6 menyalin perkataan dengan cara yang betul.


KM 6.2.2 bercerita dengan bimbingan guru tentang kepentingan air, udara,               matahari kepada hidupan di dunia.
NKTI 1.2.11 mereka corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai teknik                 membuat corak dan rekaan.

 OBJEKTIF PELAJARAN :

Pada akhir pelajaran murid dapat :

🌹Menyatakan kepentingan air, udara, matahari kepada hidupan di dunia. 🌹Melihat perubahan pertumbuhan biji benih dari segi ketinggian dan pertambahan.

KONSEP UTAMA : Air, udara dan matahari penting kepada kehidupan kita.

KOSA KATA  : Tanah, cahaya, udara.


ALATAN DAN BAHAN :

Set Bekas Tanaman
 Biji benih
Kad pemerhatian
Lembaran kerja

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :

 Pendahuluan :

1.        Guru menunjukkan beberapa keping gambar sayur-sayuran kepada murid.

2.        Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan memakan banyak sayuran.


3.        Menerangkan kepada murid mengenai elemen yang penting bagi hidupan di muka bumi. (Tanah, air, udara, cahaya).


Perkembangan :

1.    Bahagikan murid kepada empat kumpulan kecil.
2.      Bawa murid mengikut kumpulan untuk menyediakan set tanaman hidroponik.
3.    Bimbing murid untuk menjalankan aktiviti.

 Penutup :

1.    Bantu murid untuk menulis tarikh pada kad semaian.

 2.   Guru akan membawa murid memerhatikan semaian selepas 
beberapa hari untuk melihat perkembangan.

 3.    Merekod pemerhatian.

Pertaksiran : 1.    Bersoal jawab dan pemerhatian.

Catatan :

1.         Guru memastikan supaya semua peralatan yang digunakan oleh murid telah dibersihkan.

2.         Guru perlu menyediakan latihan sampingan untuk murid bagi mengukuhkan penguasaan murid di samping menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

3. Akidah merentasi kurikulum...mengaitkan 2 Ayat Al Quran berkaitan dengan tanaman, anugerah tanah, air, udara dan cahaya.






No comments:

Post a Comment