Saturday 22 August 2015

BAGAIMANA KBAT DIAPLIKASI DALAM PENDEKATAN PdP di institusi pra-sekolah?

Applikasi KBAT dalam PdP pra-sekolah.

Bagaimana  menerapkan KBAT (Kemahiran BERFIKIR Aras Tinggi) dalam proses PdP( Pembelajaran dan Pembelajaran) di pra-sekolah?.

 BERFIKIR berkaitan bagaimana daya TAAKULAN  digunakan dan dihubungkan dengan perkara-perkara yang nampak (tangible/maujud) dikaitkan dengan perkara ghaib.

Elemen AMK (Akidah merentasi Kurikulum) dalam pengisian pendidikan holistik di TKB adalah asas ke arah titipan ilmu, kemahiran, emosi, dan spritual yang seimbang untuk merealitikan hala tuju pendidikan TKB untuk melahirkan insan soleh wa musleh dan rabbaniyah.
Buku mukjizat Agung, AL-QURAN Al Qarim, selain sumber hadis, sirah, nilai-nilai murni/ akhlaq yg baik diwajibkan kepada semua guru sebagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) yang utama dalam kelas.

Penekanan benda ghaib, bergantung kepada keupayaan pendidik mengaitkan bukti ciptaan ALLAH dalam contoh petikan ayat-ayat 
al-Quran berhubungan dengan yang nyata, agar difahami bahawa yang dicipta itu bukanlah sesuatu yang sifatnya semula jadi tetapi 
terkandung banyak hikmah kepada manusia dan kehidupan.










Projek Hijau, menanam sayur-sayuran, di sekeliling TKB adalah  salah satu contoh pendekatan untuk murid-murid berfikir di samping meyakinkan kepercayaan tentang Allah Maha Esa itu wujud Dan berluasa.  Caranya merangsang murid banyak menyoal dan bertanya dan mendorong & membimbing mereka sendiri cuba menjawab persoalaan terdebut.

Melihat tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok dari segala jenis adalah fenomena alamiah. Memahami hikmah di sebalik hadirnya tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok terdebut  mengajak mereka berfikir tentang Pencipta. Betapa tumbuh-tumbuhan dan pokok terkandung rahsia besar untuk alam dan umat manusia. Memahami hakikat ini menyebabkan manusia menghubungkan fikir dan mengingati Allah( zikir) dalam satu jalinan hubung kait yang begitu harmoni bahawa semua itu tidak terjadi dengan sendiri. Ia terjadi dengan kehendak Pencipta dan terkandung rahsia serta hikmah bagi orang yang berfikir dan berzikir.

No comments:

Post a Comment