Saturday, 8 November 2025

BERMINAT UNTUK JADI GURU DI TKB 2026? silakan


 Assalamualaikum wbt..


*“Bukan sekadar mengajar huruf dan angka… tetapi membentuk hati kecil yang bakal mewarnai ummah.”*


Kami mencari guru tadika berjiwa pendidik dan berjiwa dakwah untuk bersama membimbing anak-anak menuju cinta Allah dan Rasul.


Jika Anda percaya bahawa setiap anak adalah amanah, dan setiap senyuman mereka adalah ladang pahala — mari sertai kami.


Syarat kelayakan:

1. Muslimah

2. Menutup Aurat

3. Diploma (minima)

4. Berpengalaman di dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (satu keutamaan tetapi bukan satu kemestian)

5. Penginapan bagi cikgu bujang disediakan.

6. Gaji (berdasarkan kelayakan dan pengalaman), KWSP dan SOCSO diberi


Berminat? 

💌 Hantarkan resume ke:


*TADIKA KHALIFAH BESTARI (B5E 4483)*

📍No 2 & 12, Desa Al Amin, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang.

📧 email : tadikakb2015@gmail.com

📱https://www.wasap.my/60192594368


Terima kasih 🌹


#kerjayagurutadika

#guruTKB2026

#Bersamamembentukinsansoleh

RETREAT PERANCANGAN STRATEGIK TKB 2026 Sedang berjalan

 RETREAT PERANCANGAN STRATEGIK TKB 2026 Sedang berjalan, sumbang saran &

Mesyuarat dan bengkel sedang berjalan. Ini sebahagian carian maklumat dan cadangan yang 

Boleh dibincangkan.







PENDAFTARAN TADIKA KHALIFAH BESTARI 2026 DIBUKA!

 




📢 *PENDAFTARAN TADIKA KHALIFAH BESTARI 2026 DIBUKA!* 🌟


Assalamualaikum ibu ayah yang dikasihi 💕


 “Setiap anak lahir dengan potensi fitrah yang suci, kami bantu menyuburkannya dengan cinta dan tarbiah.” in Syaa Allaah.


Tahun 2026 bakal bermula dengan  langkah pertama anak anda ke dunia penuh keceriaan dan ilmu.


✅Di TADIKA KHALIFAH BESTARI, setiap senyuman kecil, doa pagi, dan pelukan kasih menjadi asas pembelajaran.


✅Modul seimbang antara akademik, adab, dan akidah.


✅Didikan berasaskan nilai Islam & pendekatan holistik.


Umur kemasukan: 4, 5, 6 tahun.


 Daftar awal – tempat terhad!


📍 Lokasi: 

2 & 12, Desa Al Amin, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor.


📞 Hubungi kami:

 0192594368

03-89124984

E-mel: tadikakb2015@gmail.com


💬 “Membentuk Peribadi Muslim”*

Friday, 7 November 2025

PENDAFTARAN TADIKA KHALIFAH BESTARI 2026 DIBUKA!


 1.📢 *PENDAFTARAN TADIKA KHALIFAH BESTARI 2026 DIBUKA!* 🌟


Assalamualaikum ibu ayah yang dikasihi 💕


“Daripada tangan-tangan kecil inilah akan lahir generasi penyambung dakwah dan pembina ummah.”


Setiap hari di Tadika Khalifah Bestari, kami menyemai iman dan ilmu dalam jiwa anak-anak kecil. In syaa Allaah. 

Mereka bukan sekadar belajar huruf dan nombor, 

tetapi belajar menyayangi, menghormati, dan menjadi insan yang beradab.


Kurikulum Tarbiah Islamiah menyeluruh.


 Aktiviti perkembangan sahsiah & kepimpinan.


Daftar anak anda hari ini untuk sesi 2026! Tempat terhad!”


👧🧒 Umur: 4 – 6 tahun

📍 Lokasi: 

2 & 12, Desa Al Amin, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor.


📞 Hubungi kami:

 0192594368

03-89124984

E-mel: tadikakb2015@gmail.com



💬 “Membentuk Peribadi Muslim”


#Tadikakhalifahbestari

#Tadikakhalifahbestarikajang

#Membentukperibadimuslim

Kurikulum baru pra sekolah 2026

Kurikulum baru pra sekolah, yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah 2026, akan mula dilaksanakan pada Januari 2026 bagi menggantikan KSPK (Semakan 2017). Kurikulum ini akan memberi fokus kepada pendekatan yang lebih holistik dan berasaskan kompetensi, nilai, serta kesejahteraan diri anak-anak, termasuk pembentukan karakter, pengurusan diri, minat membaca, dan pengenalan kepada teknologi digital melalui pembelajaran berasaskan bermain. 


Fokus Utama Kurikulum Prasekolah 2026:

1. Pembentukan Karakter: Memupuk nilai murni seperti kasih sayang, keyakinan diri, dan empati, serta semangat belajar.

2. Pengurusan Diri: Melatih kanak-kanak dalam kebersihan, keselamatan diri, dan keselamatan digital.

3. Minat Membaca: Memperkenalkan sesi membaca berasaskan permainan secara bersepadu, termasuk sesi Baca Bersama selama 30 minit seminggu.

3. Teknologi & Digital: Menerapkan pembelajaran mengenai penggunaan peranti dan maklumat secara etika untuk melahirkan generasi celik teknologi.

4. Pembelajaran Bersepadu:Menggunakan tema dan projek yang bermakna untuk pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkesan.

5. Peningkatan Kualiti Guru:Memastikan guru prasekolah memiliki tahap pendidikan tertinggi (ijazah) untuk melahirkan pendidikan yang lebih holistik.

6. Aspek Bahasa: Mengukuhkan penggunaan 50% Bahasa Melayu dan 50% Bahasa Inggeris di peringkat prasekolah. ( Di TKB kami juga menekankan penguasaan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al Quran dan sumber pelbagai ilmu duniawi & ukhrawi, in syaa Allah.)


Bidang Pembelajaran Utama:

Kurikulum ini akan dibangunkan berdasarkan enam bidang pembelajaran utama, dengan dua bidang tambahan untuk murid istimewa: 

1. Sosioemosi

2. Fizikal & Kesejahteraan Diri

3. Kerohanian, Nilai & Kewarganegaraan

4. Bahasa & Literasi

5. Kognitif

6. Kreativiti

7. Pengurusan Diri (untuk murid istimewa)

8. Kemahiran Asas Ketidakupayaan(untuk murid istimewa) 


Kurikulum ini merupakan langkah penting dalam usaha KPM untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia lebih berkualiti, relevan, dan seimbang untuk melahirkan insan yang sejahtera. 


TKB yang berdaftar dengan KPM sudah tentu akan mengelementasikan kurikulum tersebut di samping penekanan subjek dinniyah selari dengan induk Musleh Integrated Education Berhad. (MIEB) dengan slogan “ Membina Insan Rabbani”.





Untuk info ..Blog ini baru dikemas kini, selepas masalah2 teknikal pengurusan blog ini baru sahaja dapat di atasi.

Monday, 18 April 2016

SUKAN TKB ...MEDIUM DAKWAH,

Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira jenis
kehidupan. Rasulullah S.A.W pula diutuskan untuk menyempurnakan rahmat tersebut. Firman Allah : “Dan tidaklah kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melaikan sebagairahmat kepada sekalian alam.” (Anbiya :107). Islam   selaku   agama   fitrah   yang   mementingkan   kesihatan   fizikal   dan   spiritual menggalakkan penganutnya beriadah dan bersukan.

Ayat Al-Quran Mengenai SukanBersukan   bukanlah  aktiviti   yang   asing   bagi   mereka   yang   mementingkan   kesihatan,dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan. Islam menggalakkan  sukan dan rekreasi berdasarkan dalil-dalil berikut :
Al-Quran menyuruh umatnya membuat persediaan dari sudut fizikal danjasmi   bagi   menghadapi   kekuatan   musuh.   Firman   Allah   SWT   yangbermaksud :  “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yangmenceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dariikatan kuda yang boleh menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu”(al-Anfal : 60). Dalam peristiwa peperangan antara Thalut dan Jalut, Al-Quran memujitubuh   badan   Thalut   yang   gagah   dan   menganggapnya   sebagai   suatukelebihan.   Firman   Allah   SWT   yang   bermaksud:  “Dan   Allah   telahmenambah kekuatan ilmu dan kekuatan tubuh badan pada diri Thalut”(al-Baqarah : 247)











Sunday, 17 April 2016

Dakwah kesukanan




Alhamdulillah... Sukan TKB 2016, telah berlangsung di Dewan Tertutup GMI pada 17 April 2016. Acara tahunan utk menyerlahkan potensi kemahiran jasmani dan keterampilan diri kira-kira 200 anak-anak didik TKB dapat dijayakan dengan sempurna. Kesabaran, kesungguhan & komitmen para warga kerja TKB dlm menyediakan anak2 bersukan dapat menyempurnakan dakwah kesukanan insya Allah. Apa2 kelemahan akan diperbaiki.

" Dan ( ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yg akan dibinasakan atau diazab Allah dgn azab yg sangat keras?" Mereka menjawab,"Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggung jawab) kpd Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa." (QS 7:164).