Friday, 21 August 2015

PROJEK HIJAU....Kami tanam, kami tuai, kami kongsi makan.

PROJEK TANAMAN SAYUR-SAYURAN DI TADIKA KHALIFAH BESTARI.

 1 Matlamat :    

   🌿  Dapat membantu murid meningkatkan pemahanan dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada di kalangan murid prasekolah, berkaitan sayuran hijau yang mereka makan.

🌿 Murid menguasai semua aspek pengetahuan, perkembangan, kemahiran asas  secara praktikal dan  perlahan-lahan.

🌿  Murid memahami dengan lebih jelas mengenai proses pertumbuhan pokok sayuran .

🌿Murid akan didedahkan dengan pengalaman  yang sebenar menggunakan bahan maujud serta mengenali transformasi dalam teknologi dalam proses menghasilkan bahan makanan.

 🌿 Murid  memahami  konsep berusaha untuk mendapatkan hasil dan yakin bahawa dengan izin Allah sesuatu yang dihajati itu terlaksana.

🌿 Pembelajaran berorientasikan murid ini, adalah menyeronokkan dan mengembirakan, di samping dapat menyuburkan semangat ingin tahu yang tinggi di kalangan murid-murid Tadika Khalifah Bestari.

 2) Objektif

2.1) Objektif Am :
🌷Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta-fakta dan istilah-
istilah Sains dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu 
murid memahami dan meminati Tunjang Sains Dan Teknologi.

🌷Dapat menaikkan minat dan keyakinan diri murid untuk melaksanakan sesuatu yang baru.

🌷 Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid semasa eksperimen dijalankan.

🌷Boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada suatu tema yang telah dipelajari.

🌷Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana melibatkan semua murid sepanjang aktiviti dijalankan.

2.2) Objektif Khusus :
🌷 Murid berminat dalam Tunjang Sains Dan Teknologi melalui 
aktiviti pembelajaran amali yang berkesan.

🌷 Membimbing murid merancang aktiviti dan penggunaan bahan semasa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


🌷Murid mula mengenali tentang fakta-fakta Sains yang mudah dan ringkas.

 🌷Murid dapat  pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan istilah-istilah Sains.

🌷Dapat memberikan pemahaman yang lebih nyata tentang konsep
Anugerah alam ini adalah untuk manusia  memakmurkannya. Fitrah kehidupan seluruh makhluk alam adalah saling berhubungkait, yang kita sebagai makhluk Allah mesti selalu bersyukur.
🌷 Murid terangsang  inisiatif, imaginasi dan kreativiti semasa pembelajaran praktikal ini.

🌷  Menggalakkan interaksi yang mesra antara murid dengan guru, 
pembantu guru dan rakan sebaya













Thursday, 11 June 2015

JOM BERSAMA KAMI DI TADIKA KHALIFAH BESTARI



TADIKA  BERKESAN

¢ Kepimpinan profesional
¢  perkongsian visi dan„targets
¢  persekitaran pembelajaran kondusif
¢ fokus terhadap proses pendidikan & pembelajaran dengan Pengajaran terancang dan bermatlamat(purposeful )
¢  jangkaan tinggi
¢  pengukuhan positif
¢  hak dan tanggung jawab murid

¢  kerjasama antara tadika dan keluarga

Pengerusi
Lembaga Pengelola TKB

Tuesday, 9 June 2015

Survey mengapa  MENGHANTAR ANAK KE TADIKA KHALIFAH BESTARI.

Ringkasan jawapan seperti berikut

¢ Akhlak yang terpuji
¢ Takut pengaruh buruk
¢ Akademik cemerlang
¢ Senang-semua ada (akademik& agama),       hantar pagi ambil petang
¢ Harapan agar anak mendalami       ilmu agama

¢ Agar mendapat kebahagian dunia &      akhirat








PENGERUSI
 LEMBAGA PENGELOLA
TKB

MENDIDIK - Satu amanah indah

PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Satu  amanah indah& bermakna


FITRAH ANAK

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, hanya ibu bapa mereka  yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi (Bukhari& Muslim)


KONSEP PENDIDIKAN dalam  ISLAM

·      ialah satu proses yang memupuk perkembangan fizikal, jiwa, emosi dan rohani seseorang individu.




  • Proses ini sepatutnya membuat anak didik memahami dirinya secara lebih bermakna, dan memahami peranan dan tanggung jawab mereka, khususnya terhadap yang Maha Pencipta, manusia dan mahkluk lain

CATATAN
PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA TKB 

Amanah Mendidik Anak-anak


Didiklah anak-anak  kita untuk menjadi:

1.Dai`e/ Dai’eyah (داعية)

Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.

2. A`lim/A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.

3.A`bid/ A’bidah (عابدة)

Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.

4.Khodim/ Khodimah (خادمة)

Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.

5. Murobbi/Murobbiyah (مربية)

Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw

Melahirkan Insan Soleh dan Musleh

Muslim yang sedar dan komited kepada agamanya, ialah mengetahui tentang tanggungjawabnya yang besar terhadap pendidikan anak-anak mereka selari dengan perintah Allah seperti maksud dalam surah At Tahrim ayat 6.
 

Adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa, memastikan keluarga mereka tidak termasuk dalam golongan mereka yang masuk ke dalam api neraka dengan menjaga, mengasuh dan membimbing keluarga mereka mengikut garis panduan ISLAM. Garis pandu kehidupan supaya taat setia kepada Allah dan Rasulnya dengan menunaikan setiap perintah dan larangan Allah SWT. Pengertian Hadis sohih riwayat Muslim daripada Sa`id bin al-Musaiyab daripada Abu Hurairah bermaksud “semua anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapa merekalah yang meyahudikannya, menasranikannya atau memajusikannya.
 

Kami warga pendidik Tadika Khalifah Bestari mengajak semua ibu bapa agar bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan anak-anak kita menjadi anak yang berkualiti dan menepati sahsiyah sebagai Muslim dan Muslimah sejati. 

Pengisian kurikulum dan ko kurikulum secara tersurat dan tersirat di Tadika Khalifah Bestari adalah bertunjang ke arah pembentukan sahsiyah soleh dan solehah di samping musleh, iaitu mampu menjadi contoh dan ikutan orang lain di lingkungan persekitaran mereka  sebagai anak yang berakhlak mulia, terpuji dan bestari.

Element Kepercayaan dan Sistem Nilai






Kebolehan berkomunikasi yang efektif antara ibu 

bapa/guru-guru dengan  anak-anak/anak didik,

 akan banyak membantu proses pendidikan 

berlangsung dengan sebaiknya.   
    Contoh -contoh perbualan yang boleh dikaitkan  dengan eleman-elemen kepercayaan, pandangan hidup atau sistem nilai seperti berikut:-


1.     “jom kita berdoa, Allah pasti membantu” (kepercayaan)


2.     “kita kena berusaha sebaik mungkin, kemudian baru bertawakkal (kepercayaan)


3.     “kami ibu bapa kamu, tetapi Allah Tuhan kami dan

 kami. Kita semua hamba Allah” (kepercayaan)


4.     “apa tujuan kita ke sekolah?” (pandangan hidup)


5.     “Kenapa dalam peperiksaan kita mesti yakin 

dengan usaha sendiri dan tidak meniru?” (pandangan 

hidup)


6.     “Mengapa kita sambut Aidiladha dan Aidilfitri, kita 

tidak sambut Krismas?” (pandangan hidup)


7.     “Duit kita, elok kita gunakan sebaik mungkin, 

 kita asingkan sedikit untuk sumbangan/sedekah ” 

(sistem nilai)


8.     “Jom kita solat dahulu. Cuci pinggan yang

 emak/cikgu minta tolong tu kita buat kemudian” 

(sistem nilai)


9.     “Kalau kawan suka, Allah tak suka, kita pun tidak

 bahagia. Utamakan Allah suka. Emak/cikgu pun suka” 

(sistem nilai)